PENGENALAN
Islam
Dalam Sejarah Dan Kebudayaan Melayu telah dikarang oleh Syed Naquib al Attas Prof. adalah salah seorang
dari kalangan ahlu
al-bait Nabi (keturunan Nabi Saw) dan pemikir
besar yang tidak asing lagi di negara kita dan juga di peringkat antarabangsa. Al-Attas
dari kecil sudah terbiasa dengan konsep pemikiran Islam yang tinggi. Pemikiran
Al-Attas banyak dipengaruhi oleh pemikiran Imam Al-Ghazali, Imam Al-‘Asyari,
Nur ad-Din ar-Raniri, Hamzah Fansuri, Shadr ad-Din Shirazy, dan para Filsuf dan
Mutakallim klasik. Syed M. Naquib al-Attas adalah seorang yang pakar dan
menguasai perlbagai disiplin ilmu, seperti filsafah dan metafisik, sejarah,
sastra, dan bahasa.Buku
ini asalnya adalah syarahan pengukuhan perlantikan professor UKM tetapi
kemudiannya atas inisiatif ABIM (Angkatan Belia Islam Malaysia), buku ini
diterbit dan dijual dipasaran. ABIM mula menerbitkan buku ini untuk keluaran
masa pada tahun 1984 setelah dua kali diterbit oleh Penerbit UKM. Buku yang ada
pada saya ini adalah cetakan keempat yang dikeluarkan pada tahun 1990.
Beberapa
peranan dan sumbangan utama al-Attas telah dapat dilihat khususnya dalam
menjernihkan semula pandangan dan pentafsiran sejarah Islam di alam Melayu di
kalangan sarjana dan para orientalis Barat. Berikut ialah antara karya-karya
al-Attas yang menjadi rujukan penulis mengikut pengklasifikasiannya yang
tertentu. Syed Muhammad Naquib al-Attas menjelaskan bagaimana seharusnya
penelitian dan pengkajian sejarah, khususnya terhadap sejarah dan kebudayaan dunia
Melayu.Beliau juga membaiki kekeliruan dari pendapat-pendapat ilmuwan Barat
dalam menyimpulkan sejarah Melayu-Nusantara.
ISLAM DALAM SEJARAH DAN KEBUDAYAAN MELAYU
BAB 1
Pertama sekali , penjelelasan bagi
tugas dan tanggungjawab ahli sejarah . Dalam penulisan ini merupakan seorang
yang bijak memilih sesuatu untuk dijadikan kajiannya dan membahagikan bahan bahan
yang ditulis dan kemudian mengulas untuk laporan bagi membayangkannya .
Walaupun kajian dari segi perspektifnya secara kecil kecilan mahupun besar
besaran ia mampu memberi kesan dalam pentaksiran sejarah dan ianya hendaklah
dilakukan dengan adil dan jelas.
Hal yang diutarakan ialah sejarah
Kepulauan Melayu – Indonesia . Bagi Syed Naquib, beliau tidak memandang sejarah
rantau India tetapi dengan sejarah Eropah sebelum munculnya abad baru yang
digelar Abad Pertengahan , pada waktu itu sejarah mengemukakan
pandangan-pandangan mengenai pengaruh Islam terhadap penjelmaan Abad
Pertengahan di Eropah. Kemunculan Islam telah dianggap sebagai peneraju zaman
moden kerana perkembangan ilmu pengetahuannya berdasarkan rasionalisma dan
sistem masyarakatnya mementingkan kebebasan orang perseorangan atau kepribadian
insan dari genggaman kepercayaan yang tiada rasional, sedangkan zaman yang
bukan moden itu berdasarkan seni yang membantu membelenggu masyarakat dengan
keperchayaan tahyul , bukan sahaja dalam sejarah Eropah tetapi juga dalam
sebahagian besar sejarah dunia yang terpengaruh olehnya .Seni’ dalam perbincangan
ini dimaksudkan suatu falsafah yang menumpukan pemikiran dan perasaan pada yang
indah , ataupun kepada keindahan atau kecantikan, terutama sekali dalam bidang
kesenian. Selain itu , seni itu kompak
dalam hal taraf dan hal kesenian . Di
Kepulauan Melayu-Indonesia Agama Islam itu sendiri merupakan seni yang menjadi
rujukan hidup pada zaman Hindu-Buddha . kedatangan Islam di Kepulauan Melayu-
Indonesia pada abad ke 6 dan ke7 masihi merupakan tanda kedatangan abad baru
dan permulaan zaman moden. Hal ini karenakan terdapat unsur kesamaan yaitu
unsur seni yang menjadi dasar hidup di zaman Hindu-Buddha maupun Eropah sebelum
pengaruh Islam datang.
BAB 2
Sejarah
kebangkitan Abad pertengahan di Eropah tidak datang dari bangsa Jerman yang
menakluk imperial Rome sebelum abad ke-6 masihi . Strategi Jerman untuk
memusnahkan imperial Rome tidak berjaya .Kemudian Jerman meruntuhkan
pemerintahan imperial Rome dan setelah menakluknya terpaksa mengakui kehebatan
Rome . Para penakluk Jerman tidak mampu menggantikan falsafah pemerintahan
imperial rome lalu mereka mengikuti cara hidup bangsa Rome . Pembentukan Imperaturial Rom telah
berpecah belah kepada beberapa kawasan dan menjadi Negara . Negara-negara yang
timbul di imperial itu tidak berjaya menjatuhkan imperial Rome dengan sifat
kebangsaannya sendiri kerana mereka bersifat dengan sifat bangsa Rome itu
sendiri . Namun Rome tetap teguh .
Kemudian , Eropah berubah seperti asal
dan ciri-ciri tamadun Rome berubah dan hilang . Tempat dan peranan perundangan lama
serta bahasa dan institusi Rome telah diambil alih oleh perundangan serta
bahasa dan institusi mengikut pemerintahan Jerman . Maka , terciptalah tamadun
baru dibawah pemerintahan Jerman dengan gelaran Nordik yang menolak tamadun
Rome .Bahasa, agama, institusi2 lain dan kesenian pada keseluruhannya tiada
mengandung unsur-unsur Jerman.
Pada
abad keenam , munculnya Dunia Baru sebenarnya belum lagi melucutkan kesan dan
pengaruh mendalam Dunia Lama yang berpusat kepada perpaduan jiwa Laut Tengah. Penaklukan
dan pencherobohan orang Jerman terhadap Imperaturial Rome sesungguhnya tidak
berjaya menghancurkan perpaduan daerah Laut Tengah zaman Dunia Lama. Di Timur Tengah, negeri Arab, lahir agama Islam dan tersebar
keseluruh pelosok dunia, termasuk Eropah. Islam membina satu budaya yang
berlainan dengan budaya Barat. Semangat Abad Pertengahan di Eropah bermula
ketika Islam tersebar dan menyebabkan Dunia Barat dan Dunia Timur menjadi
terpisah dan menghapuskan hubungan perpaduan dengan kawasan Laut Tengah . Dunia
barat telah dipulaukan sehingga menyebabkan mereka bekerja keras dengan hasil
bumi yang ada .Berikut merupakan dua ciri yang amat penting sebagai ukuran
pernilaian atau kriteria bagi mencirikan perabadan sejarah sesuatu bangsa . Pertama,
pemusnahan perpaduan kebudayaan sesuatu daerah punca atau tonggak kehidupan
sesuatu bangsa Konsep kriteria bagi
bercirikan perabadan sejarah sesuatu bangsa .
BAB 3
Syed Naquib Al Attas memulakan bahagian
ini dengan menjelaskan bahawa agama Hindu dan Buddha datang terlebih dahulu di
Kepulauan Melayu-Indonesia di banding Agama Islam. Agama Hindu tersebut hanya
dianut secara sungguh-sungguh oleh para raja, bangsawan, dan pendeta, sedangkan
rakyat jelata mengambil sikap tidak peduli terhadap ajaran agama itu. Hal ini
kerana masyarakat Melayu masih mengamalkan ritual yang terlebih dahulu wujud
sebelum kedatangan agama Hindu Buddha. Kedatangan agama Hindu pada kenyataannya
tidak merubah pandangan hidup masyarakat Melayu-Indonesia yang berdasarkan
kesenian. Ajaran agama Hindu yang mengandung falsafah tidak menarik berbanding
ajaran yang lebih sesuai dengan jiwa asli masyarakat, iaitu kesenian. Hanya kesusasteraan
yang diminati oleh masyarakat. Kesusasteraan Hindu ini bersifat mitos, sejarah,
hikayat, dan cerita-cerita dongeng yang tiada bersangkut paut dengan falsafah. Begitu
juga halnya dengan agama Buddha, pengaruh falsafah tidak berbekas di
masyarakat, hanya perihal kesenian saja yang terlihat, sebagai contoh iaitu
Candi Borobudur.
Teori yag diajukan ahli sejarawan
Belanda dan Inggeris mengenai kedatangan agama Islam di Kepulauan
Melayu-Indonesia yang tidak memberikan suatu perubahan peradaban yang besar.
Para sejarawan tersebut menyandarkan teorinya hanya pada peninggalan kesenian.
Dalam penelitian konsep peradaban sejarah, kesenian merupakan kebudayaan
estetik bukan hal yang dapat mencerminkan suatu masyarakat yang memiliki
keluhuran budi dan akal serta pengetahuan ilmiah. Bahasa dan tulisanlah yang
sebenarnya mencerminkan adanya budi dan akal yang tinggi. Dua orang pengembara Tionghua Fa-Hsien (abad ke-5) dan
I-Tsing (abad ke-6), mereka pernah singgah dan ziarah di kepulauan Sumatra dan
Jawa. Mereka berdua mempunyai pendapat yang sama dengan menyatakan agama Hindu
dan Buddha yang dianuti merupakan agam yang karut. I-Tsing turut menyatakan
bahasa yang digunakan di Jawa dan Sumatra ialah bahasa asing, bahasa Sanskrit,
bukannya bahasa Melayu. Syarahan diteruskan dengan kedatangan kolonial Barat
sekitar abad ke-19. Kolonial Barat datang dengan membawa 'zaman moden'. Bidang sastera
Melayu turut dimodenkan dengan kedatangan Barat. Sastera 'moden' yang dibawa
oleh Barat bukanlah sebuah sastera moden seperti yang dinyatakan. Hal ini demikian
kerana, sastera yang dibawa Barat berbentuk 'tragedi' yang telah lama menapak
dalam bidang sastera Barat, sebagai contoh karya-karya oleh Shakespear.
Penyebaran bahasa Melayu oleh para Ulama sebagai bahasa pengantar dipandang Al
Attas sebagai proses penyebaran Islam yang mampu merubah pandangan hidup
masyarakat Melayu-Indonesia.
BAB 4
Ketidaktahuan
kita akan keaslian sejarah dan kebudayaan Islam di Kepulauan Melayu-Indonesia
disebabkan kurangnya ilmu pengetahuan mengenai Islam dan peranannya dalam
sejarah dan kebudayaan. Hal ini menunjukkan bahawa kita selama ini belajar di
sekolah dan di universiti mengenai sejarah dan kebudayaan Islam di Kepulauan
Melayu-Indonesia adalah hasil dari kajian para sejarawan asing. Al-attas
menegaskan bahawa dengan penumpuan kepada sejarah purbakala, sejarah
Hindu-Buddha, sejarah kolonial, dan sejarah sendirinya sejarah Islam itu akan
nampak sebagai tiada berkesan dalam kehidupan masyarakat Melayu-Indonesia.
Al-attas menyatakan bahawa tanggapan ini adalah palsu. Beliau usulkan bahawa
kehilangan sejarah Islam inilah yang mengakibatkan kehilangan sifat
persendirian bangsa kita yang di cari-cari sekarang ini. Sebab Islamlah yang
menyempurnakan faham kepribadian sendiri, faham kebangsaan terhadap masyarakat
Melayu-Indonesia.
Dampak
kolonialisme membuat sebahagian dari penduduk Indonesia dan Malaysia menganggap
sejarah sebagai suatu yang kelam dan oleh kerananya Barat datang dengan membawa
semangat rasionalisme sehingga masyarakat di wilayah ini terpengaruh. Anggapan
ini berada pada benak seseorang yang ahistoris dan tidak lagi mengenal apa yang
terkandung dalam peradabannya. Kolonialisme telah membuat masyarakat
Melayu-Indonesia meninggalkan huruf Jawi, yang di adoptasi dari huruf Arab,
dengan menggantinya dengan huruf rumi.
BAB 5
Sejarah ini haruslah dikaji dengan
teliti dan haruslah melakukan kajian tentang sesuatu sejarah itu bukan hanya
pandang pada dasar sesuatu sejarah itu tetapi haruslah dilihat pada semua
aspek. Ini bertujuan untuk memastikan kita mengetahui tentang sesuatu sejarah
dengan betul dan tidak di pandang dari aspek yang salah. Sejarah sebenarnya
terletak dalam bidang pernilaian keluhuran serta kehalusan kerohanian dan
kebudayaan.Bagi memupuk semangat cinta akan sejarah pada generasi baharu ini,
dengan mengadakan anjuran seperti kempen cinta akan sejarah atau mengadakan syarahan
tentang sejarah kepada enerasi baru.
Universiti yang melakukan kajian
tentang sejarah haruslah dikaji dengan teliti oleh para pengkaji bahasa and
kesusasteraan Melayu untuk memastikan kajian itu betul dan tidak pempunyai
tokok tambah. Jika kita mengakaji sejarah itu haruslah dikaji dengan benar
kerana sejarah ini akan dibaca oleh generasi akan datang. Tujuan tersebut
adalah supaya mereka tidak membaca dan mempercayai perkara yang tidak benar.Pengkajian
bahasa dan kesusasteraan Melayu sebenarnya patut meliputi juga pengkajian agama
orang melayu, falsafah orang melayu, sejarah orang melayu, kesenian orang melayu
dan lain2 lagi .Para ilmuan di universiti haruslah juga melakukan kajian
tentang asal usul bahasa melayu dan memperluaskan kepada dunia tentang kebudayaan malayu kepada
dunia khususnye di Negara-negara Islam. Konsep kesusteraan melayu lama dan
kesusteraan melayu baru haruslah dilakukan kajian perbezaan antara kesusteaan
melayu lama dan kesusteraan melayu baru. Perlu dikaji dari aspek tulisan yang
meliputi bidang kebudayaan termasuk hasil agama, falsafah, sejarah, hukum dan
undang2 serta adat2 istiadat, kesenian. Kesusasteraan Melayu ‘Lama’ memang
mengandung sifat kesusasteraan kerana membayangkan jiwa kebudayaan dan
masyarakat Melayu. Tetapi kesusasteraan Melayu
Baru hanya berpengalaman dalam
bidang novel, cerita pendek, dan sajak yang hanya membayangkan unsur2 dan
nilai2 kebudayaan dan masyarakat Barat.
Sejarah bahasa dan kesusasteraan
sanskrit harus diketahui, termasuk juga unsur2 lain kebudayaan Hindu-Buddha
seperti kesenian dan adat2 istiadat. Selain itu, budaya hindu budha juga banyak
mempengaruhi melayu lama melalui jawa kuno. Budaya dan bahasa agama lain
seperti budaya dan agama islam dan budaya dan agama budha juga harus dipelajari
di peringkat sekolah dan university demi menyampaikan konsep latar belakang dan
masyarakat Negara Malaysia.Justeru itu, pelbagai falsafah yang harus dipelajari
oleh masyarakat kita. Kita harus memahami falsafah dan faham estetika barat
yang sebenarnya telah menyerap ke dalam jiwa melayu baru. Kita juga harus
mengenali hidup pelbagai kebudayaan dan kesusilaan yang telah dan sedang
mempengaruhi kehidupan kita pada masa kini .
RUJUKAN
Prof. Syed M. Naquib al-Attas
. (1972) . Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) . Islam Dalam Sejarah dan Kebudayaan Melayu . Retrieved from
https://www.scribd.com/document/96557487/Syed-Muhammad-Naquib-Al-Attas-Islam-Dalam-Sejarah-Dan-Kebudayaan-Melayu-Ver-1 . (p 1-76)
hasil rumusan bersama : Fatin Nadzirah , Nadziyatul Fadzliana , Arina Syazwani , Ibni Aslamiah , Shuhada Azil
Comments
Post a Comment